7 Cara Semulajadi Nak Gigi Kuat Dan Sihat Macam Pak Belang

05:09 Unknown 0 Comments


Anda pernah terfikir tak kalau masa usia tua anda, sudah kekurangan gigi dan paling menakutkan gigi bahagian depan?

Mesti ada kan. Tipulah kalau kata takde. Mungkin masa anda termenung di jamban, menunggu traffic light hijau ataupun masa nak lelapkan mata.

Cuba bayangkan kalau anda bersama keluarga tercinta sedang bercuti dan masuk ke dalam zoo. Kemudian, berjalan-jalan tengok kandang haiwan satu persatu sehinggalah terjumpa kandang pak belang. Anda dan keluarga anda pun berhenti seketika sebab nak ambik gambar dan sebagainya.

Pak belang tu pun berjalan sikit demi sikit sehinggalah sampai ke tempat anda. Penghalangnya cuma kaca tebal yang sememangnya pak belang tu tak boleh buat apa-apa pun pada anda.

Tiba-tiba pak belang tu cuba menerkam anda dan buka mulut dan pak belang tu pun sebenarnya takde gigi bahagian depan. Taring yang besar tu pun takde.

Rasa-rasanya anda nak gelak ataupun rasa takut?

Anda jawab dalam hati saja ye.

Jika anda tidak menjaga gigi anda dengan cermat, maka anda pun jadilah seperti pak belang yang hilang taringnya. Anda patut bersyukur, dibawah ini saya kongsikan 7 cara secara semulajadi untuk menjaga gigi dengan cara yang betul tanpa membelanjakan duit yang besar.

1. Selalu gunakan floss

Penggunaan floss sebenarnya ramai yang tak buat. Mereka fikir dengan hanya memberus gigi tu sudah cukup. Anda silap. Dengan hanya memberus gigi sahaja tak mampu membersihkan bahagian jurang yang sempit.

Sudah tentu tak boleh keluarkan sisa makanan dan plak dari sisi geraham paling belakang. Floss sahaja yang mampu buat semua ini dan cekap membersihkan gigi dari depan hingga ke belakang.

2. Minum air putih yang banyak

Air putih sangat membantu anda mencuci segala makanan dan bakteria yang ada dalam  mulut anda. Ia juga boleh meneutralkan keasidan yang boleh menghakis enamel gigi dan seterusnya melemahkan gigi.

Jadi, pastikan tabiat berkumur selepas anda makan ataupun minum minuman manis supaya makanan lebihan tersebut dapat dikeluarkan sebelum bakteria membiak lebih cepat.

3. Guna produk gigi yang betul

Guna ubat gigi dan berus gigi yang betul boleh membuatkan perbezaan yang ketara pada gigi anda berbanding gunakan ubat gigi dan berus gigi yang tak berkualiti.

Anda jangan ambil mudah apabila anda pergi ke super market beli produk penjagaan gigi kerana mungkin anda kan menderita dalam jangka masa yang panjang.

4. Jangan merokok

Merokok boleh membuatkan gigi anda nampak kuning dan bau yang busuk. Merokok juga boleh menyebabkan mulut anda berbau dan menjejaskan pengeluaran air liur anda.

Selain kesan buruk pada gigi, ia juga memberikan kesan yang teruk pada organ-organ badan yang penting seperti paru-paru, hati dan lain-lain. Jadi, katakan TIDAK PADA ROKOK.

5.  Berhati-hati dengan makanan berasid

Keasidan dapat meningkatkan risiko kerosakan gigi yang tinggi dan pembentukan rongga kerana bila enamel gigi rosak dan dentin pun terdedah, bakteria pun boleh menembusi permukaan gigi.

Anda tak lah langsung tidak makan makanan yang berasid, sekurang-kurangnya, apabila anda tahu yang mana satu makanan yang berasid yang boleh memberi kesan buruk pada gigi anda.

6. Kawal pemakanan anda

Gigi juga perlukan nutrisi untuk berfungsi dengan baik. Makan makanan yang seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging yang segar dan tenusu, akan memberikan keperluan nutriwn yang gigi anda perlukan.

Contohnya kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D.

7. Berus gigi dengan cara yang betul

Ambil masa anda apabila mahu memberus gigi anda. Jangan buat sambil lewa. Terutama sekali apabila memberus gigi yang paling belakang.

Apabila memberus gigi, anda harus menggerakkan gigi anda dalam semua sudut. Ini akan membuatkan anda memberus meliputi kesemua kawasan dan dapat menghapuskan semua sisa makanan dan bakteria pada permukaan gigi. Jangan lupa, lidah juga perlu dibersihkan.

Penutup

Penjagaan gigi takdelah seleceh yang difikirkan. Cuma ambil masa 1 - 3 minit sahaja. Tapi minit-minit yang sikit inilah yang memberikan gigi anda kuat dan sihat hingga ke lanjut usia.

Masa usia anda 50 an, harap-harap takdelah anda jadi seperti kisah pak belang seperti di atas. 
Powered by Blogger.