Gamat Emas
Apa tu Gamat Emas?Anda mesti terbayang rupa gamat ni mesti berwarna emas dan hidup di laut. Betullah tu. Tapi kalau anda fikir bahawa saiznya sama macam gamat lain yang ada di Langkawi ataupun di tempat-tempat lain. ANDA SILAP.
Bentuk gamat ni sangat besar dan berkali-kali ganda daripada saiz gamat biasa yang anda jumpa tu.
Nampak macam menakutkan, betul tak? Dengan saiznya yang besar tu dan ada bentuk duri yang tajam di seluruh badan. Anda kena tahu, rupa tak penting, yang penting hati. Ceh wah..
Nanti saya terangkan apa dia khasiat-khasiat yang ada dalam Gamat Emas yang hodoh lagi menggelikan ni. Saya nak terangkan dulu fakta-fakta menarik yang terdapat pada Gamat Emas ni. Dah macam nak belajar sains pulak dah.
Fakta Gamat Emas
Terdapat beberapa pengkaji dari universiti yang mengkaji beberapa gamat yang terdapat dalam negara kita ni, Malaysia. Diorang nak kaji gamat yang mana satu yang boleh buat ubat dan banyak khasiat untuk manusia.
Hasil kajian beberapa tahun yang penuh cabaran dan perlu merekod segala detail gamat ni, mereka dapati Gamat Emas ini kaya dengan kandunagn protein yang melebihi daripada 44%, 3-5% karbohidrat dan kurang dari 2% lemak kasar.
Ini menunjukkan bahawa gamat emas ini sangat sesuai untuk dibuat ubat dan mempunyai pelbagai bahan bioaktif yang berkhasiat yang sesuai dengan tubuh badan manusia.
Gamat Emas ni antara salah satu spesis gamat daripada 9 spesis yang ada di perairan Malaysia. Sebelum tahun 2010, spesis ni digelar Stichopus Hermanni. Tapi sekarang gelaran tu dah ditukar kepada nama yang lebih comel sikit iaitu Stichopus Horrens.
Macam nama kek pun ada. Mmm..sedapnya. Tapi orang Malaysia panggil nama Gamat Emas. Simple jer namanya.
Khasiat Gamat Emas
Pada zaman Hang Tuah lagi, mana ada kena jumpa doktor kalau tangan terkena sengat lebah ke, nak sembuh luka bersalin ke dan lain-lain penyakit lagi. Masa zaman tu, mana ada hospital. Apatah lagi nak cari klinik kerajaan mahupun swasta.
Habis tu, macam mana diorang nak selesaikan masalah sakit yang ada tu?
Sebenarnya, diorang dah pun guna Gamat Emas dan pelbagai lagi daun-daun herba yang boleh diguna pakai untuk menyelamatkan nyawa pada zaman tu.
Cumanya, zaman sekarang ni pakar-pakar perubatan buat kajian yang lebih terperinci untuk kegunaan harian kita. Jadinya, sudah terbuktilah bahawa Gamat Emas tu sangat-sangat powerful walaupun rupa yang hodoh.
Khasiat Gamat Emas ni mampu menyembuhkan penyakit luaran mahupun dalaman. Tidak kiralah kaki luka terkena paku ataupun mencegah dan mengawal penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis.
Kalau nak diceritakan lagi khasiat Gamat Emas ni memang takkan pernah habis. Hampir 80% penyakit biasa mahupun kronik mampu diubatinya kecuali MATI.
Anda boleh terus sahaja membaca post-post berkenaan produk GESB yang berasaskan Gamat Emas.

